Universal Studio Singapore...
Siapa yang tak nak pergi lagi kat sini..Kalau boleh tiap -tiap tahun nak pergi..Kan??
Kat sinilah saya dapat merasakan pengalaman dalam theme park yang real...sebab sebelum ni asyik pergi funfair je..Aishh
First time pergi sini tahun 2012, dan waktu ni baru habis UPSR kot..Saya dah banyak kali pergi Singapore , sebab my aunty tinggal dekat sana.Tapi,,tahun 2012 tu pertama kali saya pergi ke USS. Pergi balik hari ,, kalau tinggal dekat sentosa tu,, kira kaya sangat lah tu..Jadinya ,saya and my family sekali dengan my aunty punya family bertolak awal pagi dari Pasir Ris ,naik bas pergi ke stesen MRT dan lepastu terus ke Sentosa..Pergi ke Sentosa tu ambil masa dalam satu jam jugak la..Apabila sampai sana..saya terpegun dengan suasana USS.USS ni terdapat 7 zon utama iaitu ;1. ZON HOLLYWOOD
\
Seperti namanya, zon ini adalah kawasan di USS yang mengambil tema kehidupan jalanan Hollywood. Di sini, kita dapat mengalami suasana Hollywood Boulevard, dari seni bina yang tersendiri, pokok palma dan Walk of Fame.
2. ZON MADAGASCAR

Zon ini merupakan zon terinspirasi dari filem animasi Madagascar, yang ceritanya tentang empat ekor haiwan dari zoo di New York yang ingin kebebasan di luar tetapi terdampar di pulau Madagascar. Di sini kita akan diperkenalkan dengan zon dengan hutan tropika yang subur, seperti di Madagascar.
3. ZON FAR FAR AWAY

Di sini kita dapat melihat pelbagai kartun dan animasi seperti filem Shrek ,Snow White dan banyak lagi..Kita juga boleh menonton teater mengenai watak- watak tersebut
4.ZON THE LOST WORLD

Dibahagikan kepada 2 kawasan: Jurassic Park dan WaterWorld. Bagi peminat kedua-dua filem blockbuster ini, anda boleh mengalami sendiri bagaimana suasana hutan tropika di mana dinosaurus bersembunyi, untuk melihat Pteranodons terbang di udara adalah pengalaman yang luar biasa. Kemudian di WaterWorld anda dapat menonton pertunjukan mendebarkan seperti dalam filem "WaterWorld" yang asal, persembahan akan dimeriahkan dengan adegan letupan dan letupan air yang benar-benar asli.
5. ZON ANCIENT EGYPT

Merupakan zona bertema Mesir dengan latar belakang era 1930 ketika eksplorasi Mesir sedang dilakukan. Zon ini diisi dengan bangunan bergaya obelisk dan khas pyramid. Terdapat juga makam firaun di sini. Pada zon ini kita akan berperanan sebagai penjelajah arkeologi yang berani untuk mengungkap misteri di negeri ini. Watak yang digunakan itu mirip dengan watak Brendan Fraser di filem The Mummy.
6. ZON SCI-FI CITY

Zon ini penuh dengan imaginasi dan menunjukkan bagaimana sebuah metropolitan di masa depan. Di sini digambarkan tentang kehidupan yang modern dengan pelbagai cerita dari masa lalu dan budaya yang pernah terjadi di kota itu, sehingga berkembang menjadi kota internasional dengan pengunjung dari seluruh dunia dan dari planet lain.
8. ZON NEW YORK

Zon berikutnya adalah tempat kita akan merasa seperti berada di bandar New York dengan berjalan di jalan dengan banyak kedai di sisi kanan dan kiri yang dirancang tepat seperti di jalan bandar New York. Di sini kita juga dapat jumpa juga legenda selebriti di sepanjang jalan ini. Kamu boleh bergambar dengan aktor kegemaran kita yang datang dari zaman yang terkenal seperti Charlie Chaplin dan Marilyn Monroe.

pengalaman saya berada di USS


Ini adalah pengalaman berharga yang saya tidak dapat lupakan semasa pergi ke Singapore.

No comments:
Post a Comment